Selasa, 17 Mac 2015

ANDAI AKU TERSUKA DIA


        BAB 3

     “Leha, nanti aku tumpang rumah kau dua hari boleh tak"kata Farah.
      “Suami kau marah ke cik kak oiii,apa cakap dia nanti".
       Alah aku bukannya apa,akukan baru nak mula kerja jadi aku nak kau tunjuk ajar aku sikit,nanti aku faham,pasal Zafran tu kau jangan risau.
      Kalau kau dah cakap macam tu, aku okey je.Ujarnya.
     Esok petang aku pergi rumah kau Leha,kau jangan keluar pulak pergi mana-mana.Pesan Farah.
  “ Okey Puan Farah"Balas Leha.

  “ Zaf lusa saya dah mula kerja "
   Jadi esok saya nak tinggal dengan Leha dua hari boleh ke.
    Kenapa sampai kena tinggal dengan dia, nanti apa pulak kata ayah dengan mak.Kata Zafran.
    Saya dah janji dengan Leha,saya nak Leha ajar saya serba sedikit pasal kerja tu ,boleh tak ni saya janji nanti saya akan jaga diri saya, awak jangan risau.Pujuk Farah.

Aku izinkan,kau tidur rumah dia tapi kau jangan cakap dekat mak pulak macam-macam faham.Kata Zafran.
     
       Terima kasih Zaf,nanti saya telefon awak bila saya dah sampai sana ya.Balas Farah dengan gembira.

“    Baik punya aku pujuk dia tu "kata Farah.
       Leha,okey jugak cadangan kau ni, nanti kau bangunkan aku awal tau,aku ni kalau tidur... Ujar Farah.
    “Kalau kau tidur tu tak berubah lagi ye tabiat tu"
   “Biasalah Leha,kalau penat jadi macam tu la,okey apa".
      Leha aku nak telefon Zaf dulu sebelum tidur ni ,aku janji bila aku sampai tapi aku lupa.
      “Dah kau pergi telefon suami tersayang tu,selamat malam. "

Assalamualaikum Zaf ,Saya dah sampai rumah Leha,sorry saya lupa nak telefon tadi.
      Waalaikumsalam,dah malam baru nak telefon.
      Maaf saya lupa, esok saya mula kerja doa kan saya ya,ni saya dah nak tidur.
      Dah kau pergi tidur Farah,nanti lambat bangun,kasihan dekat Leha kena tunggu kau,bye bye.Pesan Zafran.

Assalamualaikum auntie,apa khabar?sapa Linda.
 
Waalaikumsalam.Linda dari mana ni,tak kerja ke hari ni.Ujar Puan Shafipah.
      “Tak auntie hari ini Linda cuti,Auntie,Isteri Zaf tu kerja ke"
      “dia kerja kenapa?"
        “Linda nak beritahu auntie sesuatu.Tapi,Auntie janji jangan bagitahu Zaf ye?"Kata Linda.

       Apa halnya Linda,okey auntie tak bagitahu dia.
       “Tadi masa Linda keluar makan dengan kawan, Linda terserempak dengan Farah dan seorang lelaki.Berdua je auntie"
     Dah agak dah ni mesti nak merosakkan hidup Zaf ni,Puan Shafipah berkata dalam hati.
    “Biar betul kamu Linda.Salah orang agaknya"
   “Tak auntie,Linda yakin itu Farah isteri Zaf"balas Linda.

    Auntie bukannya apa Linda,mungkin itu kawan sepejabat dia,agakkan teman ofis ke.Terang Puan Shafipah.
   
   “Tapi,takkan sampai berpegang tangan auntie"balas Linda lagi.

       Zafran yang berada di sebalik pintu berasa geram pada Linda.....
      Tummmm!!!bunyi hempasan pintu yang kuat.
      Mampus kau Farah kali ni,Linda ketawa jahat di dalam hatinya...
    Auntie, Linda balik dululah dah lewat ni nanti Linda datang lagi.
   “tak datang pun tak apa Linda,kalau datang nak buat orang marah baik tak payah"Puan Shafipah berkata dalam hati.
      

KeNapa kau nak ganggu aku lagi Linda,jaga kau Linda....
    
Ahhhh.....penatnya...

    “Lambat balik, banyak kerja ke"

    Banyak sangat ni pun penat tak hilang lagi.

    Tadi kau makan tengahari dengan siapa.Kata Zafran.
   “Pelik biasanya dia tak tanya pun ni tanya pulak mesti ada benda ni."..Fikir Farah.
 
  “Kenapa"
   
    Tadi kawan aku nampak kau makan dengan seorang lelaki,betul ke.Tanya zafran.
   
    Betul, saya makan tengahari dengan kawan sepejabat saya salah ke.

    Aku bukannya apa Farah,tapi si Linda tu datang jumpa mak dia mengata kau macam - macam,aku sakit hati dengan perangai Linda tu ada je dia nak cari masalah kita ni.

Ohhh,,,biasalah mulut manusia ni..

     Tapi Linda tu siapa pada Awak Zaf...

“Kenapa cemburu ke Puan Farah".ujar Zafran.

Tak mungkin saya ni cemburu,,tapi kalau awak.cemburu saya yakin.Balas Farah.

      “Saya nak ke dapur,awak nak kirim apa-apa ke?air ke"Tanya Farah.
   
    “Tak nak lah dah malam ni,"
      Tak apa saya buatkan kopi satu untuk awak Zaf,tunggu kejap tu.
     “Terima kasih"Ucap Zafran.

      Farah tiba-tiba tersedar.Cepat-cepat ingin berlalu tetapi tangannya ditarik kuat.
      Ehhh...apa pegang-pegang ni?Farah merentap tangannya.
 

    Apa awak nak cakap ni Zaf dari tadi duk em..emmm.
   Sebenarya.. Sebenarnya...
   Apa yang sebenarnya ni Zaf, saya nak tidur la.
     “Tak ada apalah,pergii la tidur atas katil tu aku tidur kat sofa".
    Apalah nasib aku, dapat tidur dekat sofa ni.Aku sayang kau Farah mungkin kau tak sedar tapi takkan aku lepaskan kau Farah.Zafran berkata dalam.
   
    Mak,,, awalnya bangun.
    Biasa lah Farah dah tua ni kena bangun awal,nanti kelam kabut nak masak.
   “  Nak Farah tolong "
     Boleh jugak,,sambil teman mak berbual..
     “Dah siap pun sarapan ni, jom,"

Angah, jom ke depan Kak Farah ada kat taman mini tu,angah ni tengok adik panggil pun masih nak mengelamun lagi.
      “Apa dik,angah tak dengar"
      Dah..dah jom ke taman mini nanti ada yang merajuk pulak,kesian kak Farah.
     Angah dengan kak Farah tak nak pergi honeymoon ke,dah dua bulan kahwin tapi asyik dengan kerja je.Kata Sofea.
     Honeymoon buat apa,kat rumah ni pun boleh honeymoon lama-lama,kenapa kau nak ke dik.
     “Angah,,, ni cakap betul-betul la, tapi kan kak,adik yakin angah nakkan pergi honeymoon tapi sayang pada kerja lagi kan".
    
      “Farah diam"
Betul tak kak Farah,angah ni gila kerja.
     Mungkin jugak dik,gila sangat pada kerja dia tu daripada kita ni.
      Dah mula dah ayat sedih dia tu,ni seorang pulak asyik bela je adik ipar dia.
    Hemmm nak buat macam mana dik, dah abang adik tu gila kerja,akak ni senang je,abang dengan kerja dia, akak kerja akak,betul tak.Kata Farah.

“  Hahaha, kesian angah "

     Farah peluk selimut dan bantal.Kemudian,dia melangkah ke arah sofa.Tempat Zafran melepaskan penat setelah seharian bekerja.Simpati dia melihat Zafran tidak dapat tidur dengan selesa.
   
     Farah pejamkan mata.Dimana akhirnya hubungan dia dan Zaf takkan nak berpura -pura selamanya.Zafran tu suami aku, seseorang yang berhak terhadap aku.Bimbang juga jika cinta dia pada aku ni.
 
   “Farah terlelap di atas sofa"
   
   “Farah...Farah.."
     Farah membuka matanya.Bila masa Zafran ni keluar dari bilikk air?tidak pula aku dengar bunyi pintu.
   Kenapa tidur kat sini,kan Farah biasa tidur kat katil tu.Ujar Zafran.
    “Tak adalah Zaf,hari ini biar saya tidur kat sofa ni,awak tidur kat katil"balas Farah.
     Zafran tersenyum...
 
   “Jatuh nanti.."

     “Kalau saya jatuh, saya bangun sendiri ok"

   “  Zafran ketawa"

Tak apa, Zaf dah biasa, dah dah. ,,,Farah pergi kat katil,,,Farah belum biasa, sakit badan nanti.

     Tak apa... nanti saya biasakan.

   Zafran mengeluh,wajah Farah ditatapnya,mengapa harus ada benteng untuk kita Farah,seandainya.... Zafran Mengeluh dalam hati.

   Farah...

   Farah..sekali lagi dia memanggil Farah,tapi tetap jugak tidur.

   Zafran duduk melutut di hadapan sofa,mata dia masih melekat pada bibir Farah,Zafran duduk merapatkan bibirnya pada bibir Farah.

   “Hah....."
    
   Satu tamparan hinggap pada pipi Zafran.Dia tidak bersedia.

   Zaf ni Farah...

    Pucat Wajah Farah,beralun dadanya kerana terkejut dengan tindakkan Zafran.Tiba -tiba terasa sejuk di pipinya.

  Zafran mengesat pipinya,perit iugak tamparan Farah ni,silap dia jugak gatal sangat nak ganggu tidur Farah...Kan dah kena.

   Farah memeluk lutut di atas sof,menggeleng perlahan.Wajah pucat seketika berubah sayu,air mata mengalir di pipi.Benar-benar terkejut dengan apa yang Zafran lakukan padanya.
  
   “Kan awak dah janji Zaf"

  Sorry saya tak sengaja Farah.

   Pantas Farah lari ke bilik air dan mengunci dari dalam.

   Zafran terpempam.Sempat melihat air mata Farah.

    Farah menangis....

   Buka pintu ni Farah,Zaf tak sengaja,Zaf minta maaf kalau Farah tak buka pintu ni Zaf pecahkan.Ugut Zafran.
 
   “Please Farah...buka pintu ni "

Farah menekup mukanya, teresak-esak dia menangis.Jika dia tidak tersedar daripada lena yang baru bermula entah apa lagi Zafran laku kan padanya.

    Farah...

    Please,buka pintu ni..

     Zafran menanti, dia begitu berharap Farah buka pintu sangat.Bimbangkan Farah...
 
   Farah masih tercegat di depan muka pintu....

   Tiba-tiba tombol pintu dipulas,Zafran mendengar bunyi tersebut tapi tidak sempat dia terjatuh.

Adoiiiii.
     Zafran,maafkan Farah, Farah tak sengaja..
     Zaf tak apa - apa?Farah pula yang kelam- kabut,tidak senang duduk melihat keaadaan Zafran.
  
   Sakit....ke

  “  Pening"
     

     Farah membantu Zafran berdiri,dan memimpin ke arah sofa,Farah mencapai baju dalam almari dan memberi kepada Zafran.

   Ambil baju ni,baju awak dah basah Zaf.
 
    Farah....Zaf minta maaf pasal tadi.

    Farah menghela nafas perlahan dan dia menggangguk.
     Saya pun minta maaf Zaf,saya tak sengaja tampar awak.Tergagap-gagap Farah.
    “tak apa.. Zaf yang bersalah "Kata Zafran.
       Farah amat cantik,dia memy daya tarikkan tersendiri,jika lihat lebih cantik daripada Linda.Fikir Zafran.
  
  "Farah.."
 
   Farah sedar yang Zafran sedang merenung dia,dan menilik matanya,Farah diam menyepi.
    “  Sakit lagi"Farah bertanya pada Zafran.
       “tak dah"
    Farah dah menggantuk,saya pergi tidur dulu, jangan lupa tutup lampu.
      Zafran hanya mengganguk dan mengganti baju yang basah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan